Isnin, 29 April 2013

EmOsi Oh EmOsi

Salam..

Fuh..fuh..dah berhabuk blog nie..meh kite lap sikit ~ Zap~~~~

Ok, tajuk tinta saya kali ini ialah emosi..

Emosi menurut Daniel Goleman ialah suatu perasaan dan fikiran yang khas, suatu keadaan biologi dan psikologi serta suatu kecenderungan untuk bertindak. Emosi pada dasarnya adalah dorongan untuk bertindak. Perkataan emosi berasal daripada perkataan latin iaitu emovere.

Manusia dikurniakan dengan pelbagai emosi. Sebagai contoh, gembira, marah, sedih, takut, malu dan sebagainya.

Namun tidak semua orang mampu mengekspresikan emosi mereka..tidak kurang juga bagi mereka yang tidak dapat mengawal emosi.  Emosi seseorang sangat berkait rapat dengan punca dan kesan. 

Sebagai contoh: Punca : jatuh cinta , kesannya : gementar/ gembira / malu

Seseorang yang jatuh cinta akan berasa gementar apabila dia bertemu dengan orang yang dicintainya. Dia akan berasa gembira apabila bertemu dengannya tetapi dia berasa malu untuk meluahkannya. 



Hal ini menunjukkan bahawa satu punca boleh mendatangkan banyak kesan. Dengan erti kata lain kesan juga boleh dianggap sebagai suatu tindakan hasil daripada sesuatu perasaan.

Tetapi, terdapat juga beberapa punca yang boleh meninggalkan hanya satu kesan.

Sebagai contoh, orang yang berasa marah, geram sehingga lahirnya dendam kesumat boleh menyebabkan pembunuhan berlaku. 



Hal ini disebabkan seseorang individu tidak dapat mengawal emosi dan bertindak tanpa mengguna kewarasan akal dan keteguhan iman.

Emosi dan iman memang tidak dapat dipisahkan umpama teh dengan gula. Tanpa gula, teh hanya akan berasa kelat. Sedangkan jika gula diletakkan di dalam teh, pasti kemanisannya dapat dirasai bersama.

Sebagai contoh, orang yang baru putus cinta @ gagal peperiksaan @ gagal dalam sesuatu yang teramat penting dalam kehidupannya boleh bertindak membunuh diri kerana terlalu sedih dan patah hati serta beranggapan sudah tiada jalan lain untuk menyelesaikan masalah.

Manusia sering mengambil jalan mudah dalam mengendalikan emosi mereka. Namun, saya tidak katakan bahawa untuk mengendali emosi adalah mudah. Kadang-kadang kita selalu mencari jalan yang sukar untuk menyelesaikan sesuatu masalah..sedangkan masalah tersebut boleh diatasi dan ditangani dengan mudah. Bukalah mata hati dan pandanglah dari pelbagai perspektif yang positif dalam menyelesaikan masalah dan mengendalikan emosi anda. 

Berilah peluang hati anda masa untuk menyendiri dan mencari penyelesaian tersendiri. Hati kita juga perlu rehat daripada segala emosi terutama yang negatif. Namun, AWAS!! Jangan biarkan hati anda terlalu lama menyendiri kerana dikhuatiri ia akan menjadi HATI KERING / HATI BATU. Anda harus segera isi hati anda dengan emosi yang positif agar ia kembali subur seperti selalu.. 


Jalan terbaik menghilangkan emosi yang negatif adalah SENYUM dan SENYUMLAH DARI HATI kerana SENYUMAN adalah pengubat segala-galanya. 



   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan