Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,
Apa khabar para blogger sekalian? Sudah berbulan rasanya tidak menjengukkan diri ke blog ini..bukan tiada cetusan, tinta mahupun bicara yang mahu dikongsi dengan para blogger..tetapi mungkin terlalu banyak kekangan dan masalah yang sedang dihadapi menyebabkan jari-jemari malas untuk menari di papan kekunci. ^^
Entry kali ini mungkin agak pendek. Sekadar ingin mengingatkan kepada semua pengguna jalanraya supaya berhati-hati semasa di jalanraya tidak kira sama ada anda merupakan seorang pemandu, penumpang mahupun pejalan kaki...asal kan anda menggunakan jalanraya, anda masih dikira sebagai pengguna jalanraya.
Mungkin kejadian sebentar tadi yang menyebabkan jari-jemari ini kembali menari di papan kekunci untuk berkongsi pendapat dan memberi nasihat kepada semua pengguna jalanraya. Pagi ini saya amat terkejut apabila adik lelaki saya tiba-tiba pulang ke rumah tidak sampai 30 minit (ketika itu dia pulang jam menunjukkan pukul 7.30 pagi). Rupa-rupanya dia baru sahaja terlibat dengan kemalangan.
Kalau diikutkan, memang dia tidak bersalah kerana pemandu di hadapan tiba-tiba brek mengejut disebabkan beliau boleh tidak perasan terdapat 3 buah kereta di hadapan berhenti. Mungkin juga pemandu kereta tersebut sedang mengelamun @ terlalu mengejar masa sehinga tidak perasan kereta di hadapannya berhenti. Bahananya adik saya yang berada dibelakangnya yang menjadi mangsa..Itu pun nasib baek dia tidak memecut..sekadar memandu perlahan di belakang. Bayangkan sekiranya adik saya turut memecut, barangkali sudah masuk wad ICU sekarang ini. Tetapi kemalangan ini tidak mencederakan orang lain..hanya adik saya yang menanggung kesakitan di atas kecuaian org lain. Mungkin disebabkan dia brek dan mengelak dari bertembung dengan kereta di hadapannya.
- Sekadar gambar hiasan -
Walaubagaimanapun, saya bersyukur kerana adik saya masih selamat walau sudah masuk kali kedua dia kemalangan dalam tempoh dua tahun berturut-turut.
Perkara ini saya kira bukan sekadar berlaku pada keluarga saya. Mungkin anda mahupun insan disekeliling anda turut mengalami perkara yang sama.
Jadi, saya ingin menasihatkan kepada semua warga pengguna jalanraya termasuk diri saya sendiri supaya lebih berhati-hati di jalanraya. Jalanraya bukan tempat untuk meRELAXkan diri mahupun tempat perlancongan untuk melepaskan tekanan emosi..tetapi seperti sebuah medan peperangan yang kita sendiri tidak tahu bila musuh (yakni kemalangan) akan menyerang (berlaku).
Jangan disebabkan kecuaian diri kita, orang lain yang menjadi mangsa.
Jeling-jeling cermin sisi kanan, kiri dan cermin pandang belakang.
Sentiasa menjaga jarak dengan pemandu di hadapan dan sentiasa ALERT ketika memandu.
ANDA MAMPU MENGUBAHNYA. ^_^
Sekian.
Wasalam.

