Khamis, 3 Mac 2011

~tatkala hati ku terdetik~ (PURDAH @ HIQOB) pArt 2

Bagi subjek Fiqh pula, ustaz masuk sahaja ke kelas terus berbahasa arab..apalagi..semua siswa dan siswi terdiam...Almaklum la, sudah lama kami tidak mengasah minda dengan bahasa arab selama 2 minggu bercuti..jadi, agak lambat minda kami loading dan interpret data dan maklumat yang dimuntahkan..




Tidak lama kemudian ustaz bertanya, "mahu saya berbahasa arab @ melayu??" (fi lughatul arabiyah)..apalagi..kami semua menjawab "fi lughatul malayuwiyah!!~"..hehe..


Pada hari pertama kuliah, ustaz tidak berniat untuk mengajar. Sekadar untuk berkongsi cerita dan pengalaman hidup...


Banyak pengajaran yang ustaz Yusuf kongsi bersama kami...antara nya mengenai wanita yang memakai hiqob @ purdah..






Contoh dan analogi yang ustaz berikan amat menyentuh hati saya...mungkin saya sahaja yang berfikiran demikian walaupun saya tahu ustaz tidak bermaksud seperti apa yang saya fikirkan..


Saya fikir ustaz seolah-olah memandang rendah kepada wanita yang tidak memakai hiqob..dan seolah-olah kami telah tercemar..saya berasa agak terkilan mendengar bicara ustaz tersebut..namun saya berusaha berfikiran positif..mungkin ini salah satu dakwah yang ustaz cuba sampai kan...


Sebenarnya, saya pernah terdetik hendak memakai hiqob semasa masih di sem 1 Asasi..melihat kakak-kakak yang memakai hiqob..nampak ayu dan penuh santun..juga terpelihara..namun..saya masih belum jelas tujuan pemakaian hiqob ini..






Saya pernah menyatakan hasrat kepada seorang insan...dia bertanya, apa tujuan saya memakai hiqob?? Saya pun masih tidak jelas tujuan saya yang sebenar..jadi saya tangguh kan dahulu hasrat saya..


Kemudian, saya bertanya kepada seorang ahli usrah saya yang memakai hiqob, "Kenapa enti memakai Hiqob?? dan apa tujuan memakai hiqob???" Beliau menjawab " Tujuan @ Niat memakai hiqob bergantung kepada seseorang. Macam ana, ana pakai hiqob sebab hendak lindungi keaiban dan kekurangan diri."


Tp..bukan ke selalu nya muslimah yang cantik selalu memakai hiqob untuk mengelak fitnah @ melindungi dirinya dari usikan manusia bertopengkan syaitan??
Jadi saya, bertanya kepada ustaz bahasa arab saya semasa di sem 1, Ustaz Saifullah  mengenai hal ini. Ustaz berkata " sebenarnya wanita yang cantik tidak digalakkan memakai hiqob. " Aik?? kenapa pula begitu?? Ustaz menjawab, " sudah menjadi lumrah manusia kita ingin tahu sesuatu yang tersembunyi..jadi apabila wanita memakai hiqob, masyarakat sekeliling akan tertanya-tanya bagaimanakah rupa sebenar beliau?? Mesti cantik..Jadi mereka akan membayangkan muka wanita tersebut sangat cantik. Lihat sahaja pada mata mereka yang menawan. Sudah pasti wajah mereka juga begitu. Paling dikhuatiri yang meng'Imaginasi' itu adalah kaum ADAM..jadi tidak semEna-mena menambah dosa percuma."


Oh..saya faham maksud ustaz Saifullah. Mungkin akan timbul masalah tabarruj di sini. Hmm..tapi ustaz tidak menghalang jika sesiapa yang ingin memakai hiqob..cuma bergantung kepada niat..dan cara.






Jadi saya masih menimbangkan perihal hiqob ini. Bagi saya, saya perlu meminta keizinan daripada ibubapa saya untuk memakai hiqob kerana saya masih di bawah jagaan mereka. Namun ada sedikit kekangan disebabkan sesuatu.


Betul la peribahasa 'Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'. Umi saya tidak berapa berkenan dengan beberapa muslimah yang memakai hiqob disebabkan perangai mereka itu sendiri yang menyebabkan muslimah lain berasa kurang hormat kepada mereka.


Pada mulanya saya tidak berapa kisah mengenai hal ini. Namun selepas beberapa peristiwa dan kejadian yang berlaku di depan mata saya. Secara tidak langsung ia memudarkan hasrat saya hendak memakai hiqob.


Bagi saya, muslimah yang memakai hiqob perlu menjaga perlakuan dan akhlak mereka. Hal ini disebabkan mereka dengan jelas membawa identiti wanita Muslim. Jika mereka berperangai yang agak kurang sopan di mata masyarakat, sudah tentu masyarakat akan meletakkan hukum bahawa Islam yang mengajar mereka begitu.






Oleh sebab itu, saya menundakan hasrat saya untuk memakai hiqob.


Sebenarnya saya sudah ada tujuan yang sebenar dan jelas untuk memakai hiqob namun masih belum ada kekuatan untuk meneruskan hasrat saya itu.


Selepas mendengar nasihat Ustaz Yusuf, saya masih berkira-kira untuk meneruskan pemakaian hiqob. 


Namun, akhirnya saya bertekad..


Saya hanya akan memakai hiqob bilamana saya betul-betul sudah bersedia dan perangai saya yang agak gila-gila ini semakin berubah kerana saya tidak mahu mencemarkan identiti muslimah yang memakai hiqob. Tambahan pula, saya mahu istiqamah dalam pemakaian hiqob kelak. 


Saya juga berharap muslimah di luar sana yang telah memakai hiqob terus istiqamah memakai hiqob seterusnya menjaga kelakuan agar masyarakat di luar sana tidak memandang serong terhadap agama kita, yakni ISLAM.


Saya tahu mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat saya. Namun ini lah diri saya. Saya tidak mengharap anda menerima pendapat saya. Saya cuma berharap anda dapat menghormati pendapat saya. Saya juga menerima pendapat daripada anda. Sekiranya ada ilmu terlebih boleh lah dikongsi bersama.


Akhir tinta, niat penting dalam melakukan sesuatu pekerjaan @ perbuatan dan Istiqamah amat penting dalam mengerjakan ibadah. Niatlah apa yang kita lakuakn itu kerana Allah Taala. Nescaya ada barakah di situ.




Wallahua'lam.