Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana hari ini saya masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di muka bumi-NYA ini dan diberikan kesihatan untuk mengerjakan ibadah...
Alhamdulillah, saya amat bersyukur kepada ALLAH kerana masih memberi saya hidayah dan ketenangan hati dan jiwa..selepas beberapa peristiwa sedih yang menimpa saya beberapa bulan ini...2 bulan yang lepas saya kehilangan nenda tersayang..kemudian sebulan kemudian saya sekali lagi diuji dengan kesedihan..namun, hidup dalam kesedihan tidak memberi kebaikan kepada diri dan hati saya..
Walaupun sukar melupakan kesedihan dan kehilangan nenda tersayang....namun kenangan yang di tinggal kan masih segar di ingatan..
3 Minggu yang lepas, sekali lagi kami sekeluarga kehilangan ahli keluarga terdekat..mak cik saya meninggal pada waktu pagi akibat penyakit yang tidak dapat dirawat. Selepas selamat proses pengebumiannya, pak cik saya pula kemalangan sehingga meragut nyawanya di tempat kejadian...sesungguhnya..semua ini telah tersurat sejak azali lagi...tiada siapa dapat menjangka bila ajal mereka akan tiba..
Kini, saya telah kembali ke bumi KUIS untuk meneruskan semester akhir asasi (sem 3)..
Alhamdulillah, walaupun pointer saya tidak mencapai target yang saya tetapkan..namun, ade peningkatan di situ.
Minggu pertama kuliah, tidak ramai lecturer, ustaz, ustazah yang masuk. Mungkin disebabkan pelajar diploma dan degree sedang sibuk membuat persiapan menghadapi peperiksaan akhir semester..
Namun, pada minggu ke-2 dan ke-3...kami telah memulakan kuliah...subjek semester 3 nie agak mencabar saya kira,
MPW 1313 : Bahasa Kebangsaan (En. Ridwan)
FLEE 3113 : Engliah III (Miss rini)
FLAI 3113 : Al-lughah Al-Arabiah li Dirasah Islamiyyah (Ustaz Saifullah)
FIQH 3103 : Al-Madkhal Li Ilm Al-Hadithm (Ustazah Phadilah)
FISF 3103 : Al-Madkhal Li Ilm Al-Fiqh wa Al-Usul (Ustaz Yusuf)
FAIP 3002 : Pengantar Psikologi Islam (Puan Isfadiah)
Bermula dengan MPW...nampak macam senang..Namun tanpa kita sedari masih banyak tentang bahasa melayu yang tidak kita ketahui dan pelajari....
Flee, lecturer yang sama mengajar bagi sem lepas..namun, banyak perubahan yang dilakukan..pada sem ini kami lebih banyak membuat praktikal berbanding teori..setiap kali kelas kami akan membuat presentation @ speech...bez!!! dapat improve my english language...but sometime i got nervous...tp...rse teruk ckit la sem nie..perasaan gementar saya semakin menjadi-jadi...mungkin disebabkan saya terpaksa bercakap mengenai diri saya di depan kelas..~i HATE TO TALK ABOUT MYSELF IN FRONT OF PEOPLE~...I don't care if i talk about something in front of people but to talk about mysef...i have no confident..(~_~)..this really weird for me...
FLAI pula, ustaz yang mengajar kami ketika kami di sem 1..hmm..boleh dikategorikan antara ustaz yang saya takuti jugak la..tapi..masa sem 3 ini..ustaz saifullah agak ramah and like to make jokes..it's make me comfortable to learn arabic language...(^_^)
Hadith..hmm..kali pertama kuliah..dah tergamam..bukan sebab susah...tp...sebab..ustazah 2 from Thailand dan membesar di turkey..dalam usia 26 thn ustazah 2 dh perolehi pHd dalam bidang hadith(kalau tidak silap)...ustazah 2 hanya tahu berkomunikasi menggunakan bahasa arab dan kelantan...bahasa melayu sememang nya lemah..tidak dapat dinafikan..hal ini menyukarkan saya memahami apa yang disampaikan oleh ustazah tersebut...
kuliah kali kedua pula, saya sudah merasa tekanan pada saraf otak saya..sangat tertekan ditambah pula dengan masalah persahabtan yang sedang melanda...namun, saya masih berfikiran positif...dan cuba mencari inisiatif untuk memahami subjek ini..
Kuliah kali ketiga, kami telah mendapat sedikit nota yang diberi oleh ustazah..sedikit sebanyak nota tersebut telah membantu saya untuk memahami tajuk yang sedang diajar oleh ustazah. Malah, saya mendapatkan khidmat seorang teman yang dikenali sebagai KAK PAH untuk memahami bahasa kelantan..boleh dikatakan Kak pah ini jurubahasa @ penterjemah bahasa kelantan untuk saya la...(^_^)
subjek Psikologi Islam, dengar tajuk subjek ini sahaja mampu membakar semangat saya...hal ini disebabkan saya amat meminati bidang psikologi..namun, apa kan daya...hasrat saya tidak kesampaian disebabkan tidak mendapat kebenaran dan keredaan daripada ibubapa saya..
Kelas Pertama amat menarik...cuma sedikit pening dengan fasa-fasa psikologi..
Kuliah kedua..perbandingan psikologi islam dan psikologi barat...sebenarnya bab ini agak mudah namun...disebabkan saya tidak mempunyai nota untuk dirujuk..ia sedikit sebanyak menyukarkan saya untuk membuat perbandingan...dan memahaminya dengan jelas dan mudah..
Bagi subjek Fiqh pula....
BERSAMBUNG



Tiada ulasan:
Catat Ulasan